logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PELUNCURAN BUKU “IJTIHAD DEMI RAKYAT

9 Februari 2026 | AHAD: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini melancarkan buku “ljtihad Demi Rakyat”, sebuah kompilasi petikan ucapan dan pencapaian utama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu.

Buku ini telah menghimpunkan petikan ucapan dan kerangka pemikiran serta pencapaian kementerian yang menterjemahkan mandat kepimpinan kepada tindakan yang tersusun mengambil bait ayat “Dari Langit Turunnya Mandat, kepada Desa Bakti Dipahat” yang dizahirkan melalui penulisan buku ini.

Hasil nukilan “ljtihad Demi Rakyat” ini mencerminkan perjalanan transformasi KKDW daripada perancangan kepada pelaksanaan, serta komitmen berterusan kementerian sebagai sebuah institusi yang berfungsi secara bersepadu merangkumi kepimpinan, bahagian dan agensi pelaksana bagi memastikan dasar bukan sahaja dirangka dengan baik, tetapi dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan masyarakat desa.