YB Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH mengadakan pertemuan bersama Pengurusan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional KETENGAH di Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.
YB Pengerusi menyeru supaya sentiasa bekerja secara berkumpulan, jauhi rasuah dan memberi komitmen sepenuhnya dalam apa jua tugas yang diamanahkan, selaras dengan hala tuju Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan aspirasi Keluarga Malaysia. Marilah kita berganding bahu dalam memberi perkhidmatan yang terbaik untuk KETENGAH.
Post Views: 2,732