Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, berkesempatan menziarahi penduduk yang ditimpa musibah kebakaran. Mangsa Encik Saidin bin Yahya yang tinggal bersama keluarganya telah kehilangan harta benda dan tempat kediaman ekoran kebakaran yang telah berlaku pada 19 Februari 2023 (Ahad) kira-kira jam 3.00 pagi.
Sumbangan sebanyak RM2,000.00 telah disampaikan melalui saluran peruntukan daripada Tabung Corporate Social Responsibility (CSR) KETENGAH Holding Sdn. Bhd. sebagai tanggungjawab sosial penduduk Wilayah KETENGAH.
Hadir sama, ADUN Bukit Besi , YB Encik Roslee bin Daud. Pengurusan KETENGAH juga turut bersetuju menyediakan kediaman sementara kepada keluarga berkenaan sepanjang tempoh pembaikian kerosakan rumah beliau. Semoga keluarga mangsa bersabar atas musibah yang berlaku dan bantuan ini dapatlah kiranya megurangkan beban yang ditanggung.
Post Views: 604