KETENGAH bantu mangsa kebakaran

420660588_786106396880153_1328513089302217574_n


Kediaman salah seorang kakitangan KETENGAH, Encik Muhamad Shahrul Aiman bin Muda yang bertugas di Bahagian Pelancongan telah mengalami kebakaran petang semalam. Kebakaran itu disedari oleh jiran yang menghidu bau terbakar lantas memaklumkan kepada pihak Bomba. Tindakan pantas jiran dan pihak Bomba telah berjaya menyelamatkan rumah beliau daripada hangus terbakar sepenuhnya.

Menyedari kepayahan dan kesusahan yang dipikul oleh Encik Aiman, pegawai dan kakitangan Bahagian Pelancongan dan turut dibantu oleh kakitangan bahagian lain telah bersama-sama membersihkan kotoran serta membuang barangan yang rosak.
Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa telah hadir melihat sendiri kerosakan yang dialami. Hadir sama Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi).

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ€π†πˆ ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π ππ€ππ‚πˆπ€π ππ„ππƒπ”πƒπ”πŠ πŠπ€πŒππ”ππ† πƒπˆ 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ πŠπ„π“π„ππ†π€π‡
Pasukan Ping Pong KETENGAH Naib Juara

Artikel Lain