logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Pengurus Besar luang masa santuni Pesara KETENGAH

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa meluangkan masa menyantuni pesara KETENGAH yang uzur di kediaman mereka sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas jasa- jasa mereka sepanjang berkhidmat di KETENGAH.

Kehadiran YM Dato’ telah menceriakan mereka malah sempat berkongsi pengalaman dan mengimbau kembali kenangan mereka semasa berkhidmat. Pengurus Besar juga menziarahi anak kepada bekas kakitangan KETENGAH yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan di KETENGAH dan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan hamper kepada mereka.

Hadir sama Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Tuan Haji Mohd Radzi Md Noor, dan Penolong Pengurus Kanan (Pengurusan dan Pentadbiran), Encik Jafre Taib.