Telah berlangsungnya Perasmian Hari Terbuka Pendidikan Kolej Ketengah anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH di Dewan Orang Ramai (DORA) Bandar Seri Bandi, Kemaman.
Pada program perasmian tersebut turut dilancarkan Program Tuisyen Intelek Muda (ILMU) Wilayah KETENGAH Tahun 2024 yang melibatkan dua (2) komponen program iaitu Tuisyen Pemerkasaan Subjek Penting Bagi Pelajar SPM dan STPM dan juga Program Motivasi.
Program ILMU ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu dan Kolej Ketengah Sdn,. Bhd. 16 buah sekolah menengah dalam Wilayah KETENGAH telah terlibat secara langsung dalam penganjuran Program ILMU ini dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 1,078 yang merupakan dalam kalangan calon SPM dan STPM tahun 2024.
Mock Cheque berjumlah *RM300,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Ribu Sahaja)* telah diserahkan oleh YBhg. Pengerusi KETENGAH kepada Tuan Haji Razali bin Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah Sdn. Bhd. dan juga Encik Rosli bin Chik, Timbalan Pengarah (Sektor Pengurusan Sekolah) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Turut hadir ke program tersebut Pengurusan dan kakitangan KETENGAH.
Didoakan pelaksanaan program ILMU ini memberi manfaat yang sebaiknya kepada semua calon SPM dan STPM sekolah-sekolah dalam Wilayah KETENGAH yang akan menduduki peperiksaan nanti.