Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) anjuran RISDA telah diadakan di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA pada 2 Mac 2023. Pada majlis tersebut KETENGAH telah mempersembahkan sketsa musikal 50 Tahun KETENGAH Peneraju Pemodenan Pembangunan. YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah menyampaikan ucap tama dan menyempurnakan gimik pelancaran Tahun Peningkatan Pendapatan dan Produktiviti Pekebun Kecil Sempena Jubli Emas 50 RISDA.
Post Views: 1,385