logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Ke 2 Tahun 2023

17 April 2023-Al Muktafi Billah Shah
Hari ini telah berlangsung Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Ke 2 Tahun 2023 bertempat di Dewan Utama Ibu Pejabat KETENGAH. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi dimulai dengan bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan tayangan video aktiviti KETENGAH sepanjang bulan Januari hingga April 2023.

Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata “Pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menjalankan Bengkel Strategik KKDW pada 10 Februari yang lalu dan dalam Bengkel Strategik tersebut, 4 tunjang utama pembangunan telah diberi penekanan iaitu Prasarana Luar Bandar, Modal Insan, Keusahawanan dan Ekonomi Luar Bandar menerusi pelaksanaan 22 Program Quick Wins serta 19 Game Changer yang telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa”.
Beliau menambah, “Saya mahu keseluruhan pembangunan desa di Wilayah KETENGAH diberi penilaian di peringkat outcome dengan keberhasilan yang efektif agar lebih bermakna sifatnya untuk masyarakat desa kita di luar sana”.

Pengurus Besar KETENGAH juga menyeru bersempena dengan penubuhan KETENGAH yang ke-50 pada tahun ini, ayuh kita tekadkan azam, bulatkan semangat ukhuwah sesama kita untuk terus melaksanakan tugas dan amanah.
 
Pada majlis yang sama disampaikan juga Anugerah Kecemerlangan Sukan Tahun 2022 dan Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan (Januari – Mac 2023). Pekerja cemerlang dari Kumpulan Pengurusan dan Professional ialah Puan Hajah Nor Farhana Maharuddin. Tuan Haji Mohd Ali Mohd dan Puan Suriawati Che Hassan pula mewakili Kumpulan Pelaksana (Sokongan 1). Bagi Kumpulan Pelaksana (Sokongan II) pula dianugerahkan kepada Encik Mohd Shahrul Idham Mohd Nor @ Aziz.