logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke 3/2022

18 Julai 2022- Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
KETENGAH telah mengadakan Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke 3/2022 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) yang menghimpunkan keluarga besar KETENGAH.
YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dalam ucapannya berkata, “Cabaran pada hari ini, KETENGAH memerlukan warga kerja yang sentiasa menyediakan diri dengan ilmu dan moral yang tinggi serta multitasking. Sentiasa bersedia dan menyahut tugasan yang dipertanggungjawabkan. Setiap pegawai mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza, namun komitmen dan keinginan untuk berkhidmat dengan kerajaan terus mendorong kita untuk mencari ilmu dan bersedia dengan apa jua tugasan yang diberi”. Beliau berkata lagi, “secara tuntasnya, saya yakin dengan sokongan daripada warga KETENGAH, kita mampu meneraju pemodenan pembangunan wilayah ini. Sebagai penjawat awam, kita perlu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah dan memberi perkhidmatan yang

terbaik untuk rakyat”.
Pada majlis yang sama disampaikan juga hadiah kepada pemenang mencipta logo dan slogan sempena sambutan 50 tahun KETENGAH dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM kepada anak-anak ahli Kelab Keluarga KETENGAH.
Majlis diteruskan dengan taklimat perlindungan insurans takaful berkelompok dan kemalangan berkelompok bagi pegawai dan kakitangan KETENGAH oleh Puan Darwina binti Ismail, Pegawai Tadbir (Undang-Undang) dan disusuli dengan Program Bicara Agama Faraid oleh YBhg. Ustaz Mohd Ali bin Mohd Yusof, Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).