logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali ke 3/2023

YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke 3/2023. Majlis bertempat di Dewan Utama Tingkat 3, Ibu Pejabat KETENGAH yang dihadiri oleh warga KETENGAH.

Pengurus Besar berkata ” Semua kakitangan hendaklah mendisiplinkan diri sewaktu hadir bertugas sepertimana ketetapan oleh jabatan.

Beliau menambah “Selaku penjawat awam, dinasihatkan agar tidak terlibat dalam aktiviti politik kerana adalah bertentangan dengan prinsip neutrality dan impartiality yang diamalkan dalam perkhidmatan awam.

Selaras dengan surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam JPA rujukan JPA(S) TT.271 Klt. 12/ (15) bertarikh 6 April 2009 berkenaan Larangan Penglibatan Dalam Politik ke Atas Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Keadaan ini juga boleh membawa kepada suasana yang tidak harmoni di tempat kerja. Sekiranya terdapat mana-mana kakitangan yang mengingkari arahan ini, tindakan tatatertib akan dikenakan “.
YM Dato’ juga memaklumkan KETENGAH dalam proses melaksanakan Sistem Pengurusan Fail Elektronik (DDMS) sebagaimana Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 1 Tahun 2023.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua bahagian dan unit perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk memastikan KETENGAH dapat menggunakan sistem DDMS pada penghujung tahun 2023.

Pada majlis tersebut semua warga KETENGAH melafazkan Ikrar Perkhidmatan Awam, dan ditayangkan aktiviti KETENGAH sepanjang bulan April hingga Julai 2023. Disamping itu disampaikan juga Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan (April – Jun) Tahun 2023 dan Anugerah Kecemerlangan SPM.