logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PERMUKIMAN KKDW DAN SYARIKAT MILIKAN AGENSI TAHUN 2026 – LAWATAN KERJA KE TASIK KENYIR

Program Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026 melabuhkan tirainya dengan program terakhir iaitu Lawatan Kerja ke Tasik Kenyir, salah satu destinasi pelancongan utama negara.

Lawatan tersebut disertai oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bersama-sama YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri KKDW, YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat, Pengerusi KETENGAH, serta pegawai-pegawai kanan KKDW. Rombongan telah dibawa menyusuri keindahan Tasik Kenyir dengan menaiki houseboat, yang merupakan antara ikon pelancongan utama kawasan tersebut.

Sepanjang lawatan, YAB Timbalan Perdana Menteri telah diberikan taklimat ringkas mengenai hala tuju serta perancangan pembangunan Tasik Kenyir oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Taklimat tersebut merangkumi inisiatif pembangunan infrastruktur, pengukuhan produk pelancongan berasaskan alam semula jadi, serta usaha memperkasa penglibatan komuniti setempat.

Selain itu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut dibawa melawat Taman Herba dan berkesempatan merasai minuman herba yang disediakan. Beliau juga telah menanam pokok Tongkat Ali sebagai simbolik sokongan terhadap pembangunan Taman Herba dan pemeliharaan sumber semula jadi tempatan.