logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Pertandingan Santai Memancing Keluarga KETENGAH

5-6 Februari 2022- Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Seramai 20 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat Perbandaran Ceneh Baharu dan Seri Bandi (Bahagian Tanah dan Kuasa Tempatan) telah memenangi hadiah tempat pertama dalam Pertandingan Santai Memancing Keluarga KETENGAH bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Kumpulan tersebut telah membolot hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 bagi kategori tangkapan ikan terbanyak dan salah saorang daripada kumpulan mereka juga memenangi hadiah ikan terberat individu dengan membawa pulang hadiah RM500 apabila berjaya menjinakkan ikan Toman seberat 2.78 kilogram.
Tujuan utama program ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara keluarga besar KETENGAH. Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata “ Hubungan erat yang terjalin dikalangan warga KETENGAH akan memudahkan urusan kerja dipejabat dan menjadi semakin senang. Sifat kejasama inilah yang kita tuntut dalam membela nasib masyarakat luar bandar”.
Beliau juga berterima kasih atas kerjasama pengusaha-pengusaha Houseboat yang sentiasa menyokong program-program yang dianjurkan oleh KETENGAH. Sebanyak 15 buah Houseboat dengan 20 peserta setiap houseboat menjadikan jumlah keseluruhan seramai 300 orang Keluarga KETENGAH telah mengikuti program ini. Sekalung penghargaan kepada Ketengah Holding Sdn Bhd selaku penaja utama dan Kelab Keluarga KETENGAH sebagai rakan kerjasama.
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.
[ Galeri ]