logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Perdana Menteri adakan lawatan singkat ke Pusat Pemindahan Sementara Wilayah KETENGAH

2 Mac 2022-Hulu Terengganu.
Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengadakan lawatan singkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Batu 23, Kuala Berang hari ini yang diiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Beliau tiba di PPS berkenaan jam 2.15 petang dan meluangkan masa bersama mangsa yang telah ditempatkan di pusat berkenaan sejak Ahad lalu. YAB Perdana Menteri turut menyerahkan sumbangan kit bantuan bencana dari KETENGAH kepada mangsa banjir disaksikan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Hadir sama YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Sebanyak 800 unit kit bantuan bencana telah disalurkan oleh KETENGAH untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Daerah Hulu Terengganu yang meliputi bekalan makanan segera, lampin pakai buang dan selimut.