Program Aruk Silat Tasik Kenyir

26 Mac 2022-Hulu Terengganu.
Program Aruk Silat Tasik Kenyir melabuhkan tirainya hari ini setelah 2 hari berkampung di Tasik Kenyir dan merupakan program julung kali diadakan. Aruk yang bermaksud himpunan pendekar melakukan tarian perang. Kali terakhir diadakan adalah pada tahun 1926. Kini setelah hampir 1 abad, kembali dipersembahkan dengan menampilkan lebih 90 persilatan daripada seluruh pelusuk negara.
Pelbagai pengisian program telah dilaksanakan dengan pertandingan silat, jualan busana melayu manakala pada sebelah malam diadakan Forum Perdana yang bertajuk Silat dan Dakwah Seiring. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH.
Program Cakne Komuniti
Kenyir Bird & Nature Quest 2022

Artikel Lain