26 Disember 2022, Dungun.
Bencana banjir yang melanda baru-baru ini telah menyebabkan kediaman dan tempat awam disaluti lumpur dan kotoran bawaan banjir. Cakna dengan kesusahan yang ditimpa penduduk desa, Skuad Sukarelawan KETENGAH telah digerakkan ke kawasan yang teruk terjejas dalam misi membersih dan membantu penduduk. Skuad terdiri daripada kakitangan KETENGAH dan Ketengah Holding Sdn. Bhd. Pada misi kali ini, misi membersih SK. Kuala Jengai, Tadika Kemas Rantau Panjang dan rumah kakitangan.
KETENGAH berharap dengan misi sebegini dapat meringankan beban pemduduk yang ditimpa bencana selain memupuk nilai persaudaraan dan ikatan silaturahim yang telah lama terjalin dapat dieratkan.
Post Views: 910