logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Bantuan Pendidikan Pelajar Sekolah Wilayah KETENGAH

Seramai 614 orang pelajar daerah Hulu Terengganu dibantu. Saban tahun KETENGAH melaksanakan program pembangunan sosial dan ekonomi bagi menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk bukan sahaja wang ringgit malah latihan dan bimbingan bagi menambah ilmu pengetahuan dalam bidang masing-masing.

Program Bantuan Pendidikan Pelajar Sekolah Wilayah KETENGAH merupakan salah satu program pembangunan sosial bagi mendampingi masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan seterusnya menyalurkan bantuan persekolahan.

Objektif utama program ini adalah untuk meringankan beban golongan yang memerlukan dalam menguruskan anak-anak menghadapi hari persekolahan dan membolehkan anak-anak meneruskan sesi persekolahan 2023 dengan kelengkapan persekolahan yang mencukupi.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi KETENGAH YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad Said, Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, YBrs. Tuan Haji Abdul Muie Ngah.

Sekalung penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah dalam Wilayah KETENGAH yang telah sama-sama menjayakan program ini.