KETENGAH agihkan RM292,200 kepada pelajar daerah Kemaman.
Program Bantuan Pendidikan Pelajar Sekolah Wilayah KETENGAH 2023 bagi daerah Kemaman telah dijalankan bertempat di Dewan Semai Bakti, Felda Neram 2 Kemaman, Terengganu. Seramai 1,948 orang pelajar telah mendapat manfaat dengan masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM150 seorang.
Bantuan yang KETENGAH salurkan ini merupakan sumbangan daripada Yayasan KETENGAH. Penubuhan Yayasan KETENGAH telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 4 Januari 2022.
Yayasan KETENGAH akan berperanan mendidik, membantu dan menjadi catalyst ke arah kemakmuran masyarakat dalam wilayah melalui pendekatan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi KETENGAH YBhg. Datoβ Seri (Dr.) Haji Ahmad Said dan Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.
Pengerusi KETENGAH berkata βSaya mengharapkan dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa dalam meringankan beban menguruskan kewangan anak-anak. Sebagai Pengerusi KETENGAH yang dipertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat di luar bandar, saya akan memastikan warga Wilayah KETENGAH mengecapi pembangunan yang sama dirasai oleh penduduk di bandarβ.
Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman dan pihak sekolah kerana telah menjayakan program ini.
Sebelum itu YBhg. Datoβ Seri (Dr.) Haji Ahmad Said telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar PPDK Felda Neram 2.