Kelab Keluarga KETENGAH telah mengadakan satu Program Bayanul I’lm (penerangan ilmu) yang bertajuk “Muhasabah Diri”. Program penerangan ilmu ini telah disampaikan oleh penceramah bebas terkenal tanah air iaitu Ustaz Ahmad Rizam bin Ghazali.
Dalam ceramahnya Ustaz Ahmad Rizam berkata “Jangat buat jahat dalam kerja, jangan tipu overtime, jangan tipu MC kalau kita buat jangan lupa ada malaikat yang mencatat amalan kita, Allah juga akan menjauhkan kita. Jika saat harta kita yang kita kumpulkan dengan cara yang tidak baik, harta tersebut akan hilang disaat kita tua percayalah.”
“Allah tidak pernah meninggalkan kita, kembalilah kepada Allah, carilah ehsan Allah, apa masalah kita sekalipun, masalah harta, masalah keluarga, masalah kerja dan ada orang mengkhianati kita, maka mengadu hal lah kepada Allah.”
Antara pesanan beliau lagi ialah “Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat dengan orang baik. Maka jadilah orang baik. Paling dekat seseorang hamba dengan Allah ialah ketika waktu akhir malam. Bangunlah bersujud dan berdoa kepada Allah, ketika ini kita benar-benar dekat dengan Allah. Kenapa kita perlu dekat dengan Allah, kita akan mendapat ketenangan, kebahagiaan dan disediakan jalan keluar dari masalah serta hidup dalam keberkatan”. Beliau juga mengingatkan supaya sentiasa bermuhasabah diri setiap masa.
Semoga dengan program sebegini, warga KETENGAH dapat memahami persoalan tentang agama dan mempraktikkan dalam urusan kerja seharian sebagai penjawat awam di KETENGAH.
Terima kasih juga kepada Ustaz Ahmad Rizam bin Ghazali yang telah sudi memenuhi undangan dan seterusnya menyampaikan ceramah kepada kami.