logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM BAYANUL ‘ILM (PENERANGAN ILMU) SEMPENA SAMBUTAN MA’AL HIJRAH WILAYAH KETENGAH TAHUN 2025M/1447H

KETENGAH dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Jawatankuasa Masjid Jamek Bandar Ceneh Baharu, Kemaman telah menjayakan Program Bayanul ‘ Ilm (Penerangan Ilmu) Sempena Sambutan Ma’al Hijrah Wilayah KETENGAH Tahun 2025M/1447H di Masjid Jamek Bandar Ceneh Baharu, Kemaman.

YH Ustaz Dato’ Haji Badli Shah Bin Alauddin, Timbalan Mufti Negeri Pahang telah diundang selaku panel penceramah bagi program ini dengan kupasan berkaitan tajuk “Nilai Persefahaman Membentuk Komuniti Utuh”.

⁠YBrs. Encik Zainuddin Bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) bersama pengurusan, pegawai dan kakitangan KETENGAH serta jemputan komuniti penduduk telah hadir bersama-sama menyemarakkan program dengan kehadiran keseluruhan melebihi 500 orang. Ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah yang telah terjalin antara KETENGAH bersama komuniti penduduk dalam wilayahnya.

Semoga program sebegini dapat dilaksanakan lagi dengan kerjasama erat daripada semua pihak pada masa akan datang. Terima kasih semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan pelaksanaan program kali ini.