logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Bayanul ‘Ilm (Penerangan Ilmu) Wilayah KETENGAH 2026

KETENGAH telah melaksanakan Program Bayanul ‘Ilm (Penerangan Ilmu) Siri 1 bagi tahun 2026 yang memfokuskan kepada Pengukuhan Ibadat Solat dan Puasa sebagai salah satu inisiatif pembangunan rohani komuniti di wilayah KETENGAH.

Program ini telah disertai oleh seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada komuniti penduduk setempat dan pelajar-pelajar. Pelaksanaan program bertempat di Surau Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya, Dungun dan merangkumi sesi penerangan teori serta perbincangan isu-isu umum berkaitan ibadat solat dan puasa yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Haji Mohd Shukri bin Ali, Penceramah dan Perunding Motivasi.

Sebagai pelengkap, program ini turut merangkumi sesi amali dan interaksi langsung bagi memberi peluang kepada peserta meningkatkan kefahaman serta penghayatan terhadap pelaksanaan ibadat secara praktikal dan berkesan.

KETENGAH merakamkan penghargaan kepada semua peserta serta pihak-pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan Program Bayanul ‘Ilm (Penerangan Ilmu): Pengukuhan Ibadat Solat dan Puasa Siri 1 ini. Diharapkan program seumpama ini dapat terus dilaksanakan secara berterusan selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan rohani masyarakat di wilayah KETENGAH.