Alhamdulillah, Program Bayanul ‘Ilm: Pengukuhan Ibadat Solat dan Puasa Siri 2 bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Program ini dianjurkan bagi memberikan pencerahan ilmu ibadat yang tepat dan mendalam kepada komuniti wilayah, khususnya sebagai persediaan menyambut dan menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang akan datang.
Program ini telah disertai oleh seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada komuniti penduduk setempat serta pelajar Kolej Ketengah dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Program telah diadakan di Surau Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya, Dungun dan dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Abdul Halim bin Awang, Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Pengisian program dimulakan dengan huraian dan penjelasan berkaitan amalan sunnah dan bidaah dalam ibadat bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada para peserta. Selain itu, peserta turut diberikan peluang untuk mengemukakan soalan secara langsung kepada penceramah dan memperoleh penjelasan terhadap setiap isu yang dibangkitkan.
KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Bayanul ‘Ilm (Penerangan Ilmu) Tahun 2026: Pengukuhan Ibadat Solat dan Puasa Siri 2. Semoga program ini memberikan manfaat yang berterusan dalam memperkukuh dan memantapkan amalan ibadat seharian seluruh komuniti.
















