Program Bazar Usahawan Madani KETENGAH (BASKET MADANI)

Hari pertama Program Bazar Usahawan Madani KETENGAH (BASKET MADANI) telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. Satu sesi peluncuran Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki. Turut hadir Pengurus Kanan (Korporat), Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad serta Pengurusan KETENGAH.

Program ini merupakan salah satu platform yang disediakan kepada orang ramai bagi mendapatkan barangan keperluan asas dan produk-produk usahawan bimbingan KETENGAH dengan harga yang lebih berpatutan.

BASKET MADANI ini akan diadakan di semua perbandaran KETENGAH dan untuk Siri 1 telah berlangsung bertempat di Pasar Pusat Komuniti Desa (PKD), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun dengan melibatkan seramai 23 orang usahawan bimbingan KETENGAH.

Semoga dengan adanya program sebegini, sedikit sebanyak dapat membantu usahawan dalam menambahkan pendapatan mereka dan memberikan peluang kepada golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan dengan harga yang lebih murah berbanding biasa.

Pasukan Ping Pong KETENGAH Naib Juara
KETENGAH Prihatin

Artikel Lain