29 Oktober 2022
Telah berlangsung Program Belia Keluarga Malaysia – KETENGAH Cakna Kampung Wilayah KETENGAH bertempat di kampung Kuala Jengal, Dungun. Antara aktiviti yang menjadi pengisian sepanjang program berlangsung ialah program ziarah kasih belia pesakit melarat, gotong royong, sukaneka, liga penalti belia dan beliawanis serta jamuan silaturahim belia.
Program Belia ini merupakan program yang ketiga dilaksanakan di Daerah Dungun dan ianya dilaksanakan bertujuan mewujudkan kerjasama erat antara penduduk kampung dengan agensi.
Post Views: 1,062