logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Bicara Ilmu Israk dan Mikraj

Memandangkan masyarakat kini terdedah dengan pelbagai cabaran, peristiwa-peristiwa penting dalam Islam perlu sentiasa diterapkan supaya mendapat pengajaran dari kisah-kisah tersebut. Sehubungan itu, KETENGAH telah mengadakan Program Bicara Ilmu Israk dan Mikraj Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan KETENGAH.
Bicara ilmu pada kali ini menampilkan panel penceramah tersohor tanah air yang membicarakan berkenaan topik “50 Tahun Usia Rasulullah SAW Bermulanya Syiar Islam”. Majlis diadakan serentak di 5 perbandaran KETENGAH.
Secara ringkasnya, Israk merupakan perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan menaiki buraq, manakala Mikraj bermula daripada Masjid al-Aqsa hingga ke Sidratulmuntaha. Peristiwa Israk dan Mikraj begitu signifikan terhadap umat Islam. Ini kerana menyaksikan perintah solat difardukan ke atas setiap umatnya.
Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa turut bersama-sama muslimin dan muslimat mendengar ceramah yang disampaikan oleh Juara Dai’ Nusantara 2015, Ustaz Muhammad Luqman Hakim Othman bertempat di Masjid Sultan Mahmud Bandar AMBS.