logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Bicara Ilmu Sempena Maulidur Rasul Tahun 2023/1445H

Sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW. Sehubungan dengan itu, KETENGAH telah mengadakan satu Program Bicara Ilmu Sempena Maulidur Rasul Tahun 2023/1445H bertempat di Masjid Kampung Air Putih, Kemaman.

Ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Badli Shah bin Alauddin, Timbalan Mufti Negeri Pahang. Hadir sama pada majlis tersebut, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.