logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Ceramah Motivasi Serlah Potensi Diri

29 Januari 2020 : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Unit Integriti dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB KETENGAH) dan Kelab Keluarga KETENGAH telah mengadakan satu program ceramah motivasi bertajuk “Serlah Potensi Diri” bertempat di Ibu Pejabat KETENGAH. Program  ceramah ini telah dikendalikan oleh penceramah selebriti Dato’ Dr. Ridzuan Mohd Sagir dari Syarikat Impact Training Team Sdn. Bhd. Seramai 300 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH, Syarikat Anak KETENGAH dan Unit JKR KETENGAH telah menghadiri program tersebut.