logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH Tahun 2023

KETENGAH telah mengadakan Seminar Dropship and Agent dengan Kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di bawah Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH Tahun 2023 di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu selama 2 hari 1 malam.

Seminar tersebut melibatkan seramai 69 org peserta merangkumi 3 daerah dalam wilayah KETENGAH. Perkongsian seminar telah diberikan oleh tenaga pengajar INSKEN, Encik Mohd Fuad bin Roslizan (Coach Fuad).

Objektif pelaksanaan seminar bertujuan membantu dan menggalakkan masyarakat dalam wilayah KETENGAH khususnya belia dan beliawanis yang tidak mempunyai pekerjaan menceburi bidang keusahawanan yang berkonsepkan dropship & agent.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki.

KETENGAH berharap semoga pelaksanaan seminar tersebut mampu memberi pendedahan dan percambahan ilmu dalam melebarkan manfaat kepada masyarakat.