logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM ECO@TOURISM KETENGAH: GOTONG-ROYONG DI TASIK PUTERI DAN MUZIUM BUKIT BESI

Program Eco@Tourism KETENGAH: Gotong-Royong di Tasik Puteri dan Muzium Bukit Besi telah diadakan pada 15 Januari 2026 (Khamis). Program ini melibatkan seramai 50 orang kakitangan KETENGAH yang terdiri daripada Bahagian Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sosial, Hartanah dan Kuasa Tempatan (Perbandaran Bukit Besi) serta wakil daripada Koperasi Bukit Besi Dungun Berhad.

Program ini bertujuan untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan kawasan sebagai persediaan bagi peluncuran Pakej Pelancongan Bukit Besi Heritage Trail, selaras dengan usaha memperkukuh pembangunan pelancongan berasaskan warisan dan kelestarian alam sekitar.
Pihak KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.