logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Fun Ride

Al Muktafi Billah Shah, Dungun-8 Oktober 2022.
Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2022, KETENGAH telah mengadakan Program Fun Ride. Program santai keluarga dengan aktiviti berbasikal itu telah menerima penyertaan seramai 40 orang dari pelbagai lapisan umur. Tujuan utama program ini ialah bagi menyahut seruan kerajaan dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan komuniti. Disamping itu program sebegini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad. Cabutan bertuah turut disediakan dan Encik Muhammad Haniff Ahmad Zulhaidi telah berjaya membawa pulang cabutan bertuah utama iaitu sebuah basikal.