logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Ilmu Keluarga Komuniti KETENGAH (PIKAT) Bersama LPPKN Terengganu

Program Ilmu Keluarga Komuniti KETENGAH (PIKAT) Bersama LPPKN Terengganu Siri-2 Tahun 2023 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 180 orang peserta dari komuniti dalam wilayah KETENGAH termasuk gugusan FELDA dan kakitangan ladang anak syarikat Ketengah Holding Sdn. Bhd. serta peserta PROSPEK wilayah KETENGAH.
Program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Bandar Ceneh Baharu ini telah diisi dengan pendedahan maklumat dan teori serta latihan aktiviti ringan berhubung teknik dan kaedah keibubapaan oleh pihak LPPKN Terengganu. Pemeriksaan kesihatan turut disediakan bagi ujian kesihatan wanita.
Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, YBhg Encik Zainuddin Md Zaki. Hadir sama Pengarah LPPKN Terengganu, YBhg. Encik Noh Omar dan Pengurusan KETENGAH.
Terima kasih dan syabas diucapkan atas kerjasama semua pihak berkaitan dan diharap dapat bersama lagi dalam program lain pada masa akan datang.