Program Ilmu Keluarga Komuniti KETENGAH (PIKAT) bersama LPPKN Terengganu Siri-1 Tahun 2023 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 80 orang dari komuniti dalam Wilayah KETENGAH. Program yang diadakan di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Bilah Shah ini telah diisi dengan pendedahan maklumat dan teori serta latihan aktiviti ringan berhubung kaedah keibubapaan oleh LPPKN Terengganu. Pameran Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) dan pemeriksaan kesihatan turut disediakan sebagai pengisian sampingan.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, YBrs. Encik Zainuddin Hj. Md. Zaki. Hadir sama Pengarah LPPKN Terengganu YBrs. Encik Noh Omar. Terima kasih dan syabas diucapkan atas kerjasama semua pihak berkaitan dan diharap dapat bersama lagi pada siri yang akan datang.
Post Views: 1,046