logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Jiwa Murni Pasca Banjir Wilayah KETENGAH Bersama Rejimen 512 Askar Wataniah

Yang Amat Mulia Tengku Seri Temenggong Raja Brig. Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah telah merasmikan Program Jiwa Murni Pasca Banjir Wilayah KETENGAH Bersama Rejimen 512 Askar Wataniah dan komuniti Kampung Rantau Panjang, Dungun. Program ini berjaya dilaksanakan 2 hari (29 hingga 30 Mac 2022).
Pelaksanaan program ini merupakan platform kerajaan dan badan bukan kerajaan menterjemah manfaat kepada masyarakat dengan penglibatan secara terus di lapangan demi memupuk keakraban bersama masyarakat.
KETENGAH juga telah memperuntukkan sejumlah RM50,400 di bawah program tanggungjawab sosial korporat. Seramai 40 anggota Rejimen 512 Askar Wataniah telah bergabung tenaga bersama-sama dengan kakitangan KETENGAH dan penduduk menggantikan bumbung dan mengecat semula Masjid Kampung berkenaan.
Program seperti ini bermakna buat KETENGAH, semoga kerjasama antara KETENGAH, Pasukan Rejimen 512 Askar Wataniah dan penduduk kampung di Wilayah KETENGAH dapat diteruskan pada masa akan datang. Hadir sama Mejar Kehormat Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.