Kelab Keluarga KETENGAH (Kelab 3K) telah menguruskendalikan Program Kayak Sempena 50 Tahun KETENGAH. Program ini juga diadakan bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2023. Seramai 50 peserta telah mengikuti program ini termasuk penyertaan dari agensi LKW lain iaitu KESEDAR, KEDA, KEJORA dan PERDA.
Program selama 2 hari 1 malam ini bermula dari Kampung Pasir Raja dan bermalam di Kampung Jongok Batu sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Kuala Jengal. Jarak yang dilalui oleh setiap peserta ialah sejauh 40 Kilometer. Melalui program ini, semangat kerjasama dan jalinan ukhwah terjalin disamping peserta dapat menikmati keindahan panorama alam yang indah.
Majlis perasmian dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad yang juga Presiden Kelab Keluarga KETENGAH.
Program berkayak ini juga simbolik kepada kesukaran yang terpaksa dilalui oleh penduduk tempatan untuk ke bandar Dungun sebelum terbinanya jalan raya. Menyedari kesusahan dan kepayahan penduduk pada ketika itu satu projek jalan raya telah dilaksanakan oleh KETENGAH yang menghubungkan Al Muktafi Billah Shah ke Kampung Pasir Raja. Sepanjang 50 tahun penubuhan KETENGAH, pelbagai program dan projek telah dilaksanakan disetiap perdesaan dalam Wilayah KETENGAH.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan dayungan kayak sehingga ke penamat.