logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Kenyir Bird & Nature Quest 2022

27 Mac 2022-Hulu Terengganu.
Peserta Program Kenyir Bird & Nature Quest 2022 telah dibawa melawat ke Gua Bewah dan melihat pokok Melunak yang terbesar di Malaysia. Program yang diadakan dari 26 hingga 27 Mac 2022 selama 2 hari ini merupakan acara tahunan dalam kalender pelancongan Terengganu. Penganjuran Kenyir Bird & Nature Quest telah melakarkan kejayaan dalam penjenamaan Tasik Kenyir sebagai “Kenyir Hornbill Valley” yang telah tersenarai antara 125 lokasi aktiviti melihat burung terbaik di Asia Tenggara.