logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program KETENGAH Ambik Cakna Back To School Tahun 2022

10 April 2022- AMBS
KETENGAH memperuntukkan sejumlah RM825,000 untuk diagihkan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah yang terpilih Negeri Terengganu menerusi Program KETENGAH Ambik Cakna Back To School Tahun 2022. Peruntukan ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) KETENGAH melalui Ketengah Holding Sdn. Bhd. Program yang diadakan setiap tahun dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu ini telah memberi manfaat kepada lebih 5500 orang pelajar negeri ini.
YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH telah menyampaikan bantuan kepada mereka dalam satu majlis yang diadakan bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Hadir sama pada majlis berkenaan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.