Apabila tibanya bulan Muharam, masyarakat Melayu akan bergotong-royong memasak bubur asyura bersama-sama. Bubur asyura merupakan sejenis makanan yang terdiri daripada pelbagai campuran bahan seperti beras, tepung, kekacang, lobak merah dan ubi-ubian.
Sebanyak 10 kawah bubur asyura dimasak oleh warga KETENGAH termasuk dari JKR KETENGAH, Ketengah Holding Sdn. Bhd. dan Koperasi 3K Berhad.
Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini memerlukan kerjasama yang erat kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan dan mengagihkannya. Di samping itu sifat toleransi, persefahaman dan ikatan silaturahim terserlah antara mereka dengan masing-masing memainkan peranan tertentu dalam menjayakan program ini.
Post Views: 655