Sebanyak 11 kawah Bubur Asyura telah berjaya dimasak secara gotong royong oleh ahli Kelab Keluarga KETENGAH (Kelab 3K). Memasak Bubur Asyura adalah salah satu adat yang biasa dilakukan oleh masyarakat melayu Islam di Malaysia ketika datangnya bulan Muharram. Program yang dianjurkan oleh Kelab Keluarga KETENGAH dengan kerjasama KETENGAH ini berjaya merapatkan lagi ikatan silaturrahim yang telah lama terjalin di samping memupuk semangat persaudaraan dalam Keluarga Besar KETENGAH.
Aktiviti memasak Bubur Asyura ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Program ini turut disertai oleh Unit JKR KETENGAH dan Ketengah Holding Sdn. Bhd.
YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH bersama Isteri To’ Puan Anizal binti Yusoff, yang merupakan pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH hadir memeriahkan program berkenaan. Hadir sama Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) merangkap Presiden Kelab Keluarga KETENGAH dan Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).
Post Views: 1,399