logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Pendigitalan Usahawan Luar Bandar Siri 3 Tahun 2023

Program Pendigitalan Usahawan Luar Bandar Siri 3 Tahun 2023 khusus bagi Zon Timur telah berlangsung pada 30 hingga 31 Julai 2023 bertempat di Duyong Convention Centre Hall, Pulau Duyong, Kuala Terengganu dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. Encik Abdul Kahar Abdullah, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan turut dihadiri Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Puan Fadhlina binti Mohamed, Pengurus Bahagian Ekonomi wakil-wakil Bahagian.

Program ini melibatkan seramai 454 orang dengan penyertaan daripada KETENGAH adalah 200 orang yang terdiri daripada usahawan, peserta Peningkatan Pendapatan, pengurus-pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD) serta peserta di bawah enam (6) Jabatan/Agensi di bawah Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER) seperti YPU, FAMA, SME Corp, Jabatan Pertanian, Kraftangan Terengganu dan MARDI.

Setiap peserta telah diberikan pendedahan secara langsung dan praktikal dalam memasarkan produk secara dalam talian melalui platform e-dagang serta info pembiayaan secara terus dengan 20 rakan strategik DESAMALL antaranya Rural Capital Berhad, CELCOMDIGI, Shopee, MaybankQR & Sama-sama Lokal, Halal Developmnet Corporation (HDC), BoostBiz, Bank Simpanan Nasional (BSN), Lazada, Maxis, Mesinkira, Fasspay, Bank Islam dan PETRON.

Semoga semua peserta yang menyertai program ini mendapat manfaat sepenuhnya dan bersedia untuk beralih kepada pendigitalan di masa hadapan.