Program Pendigitalan Usahawan Luar Bandar Siri 4 Tahun 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 hingga 15 Ogos 2023 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) dengan penglibatan seramai 289 orang Usahawan di bawah Jabatan/Agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) termasuk 21 orang Usahawan Bimbingan KETENGAH.
Program telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KKDW dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH bersama Pengurus-pengurus Bahagian.
Semua peserta telah diberikan pendedahan secara langsung dalam pemasaran produk secara dalam talian melalui platform e-dagang dan berpeluang mendapatkan info pembiayaan dengan 20 rakan kolaborasi strategik DESAMALL. Program ini telah memberi impak yang besar kepada semua usahawan luar bandar untuk menormalisasikan digital dalam urusan harian.