logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Perjumpaan Usahawan Tani, Usahawan Ternak dan Usahawan IKS dalam kawasan Pavilion Usahawan KETENGAH

Program Perjumpaan Usahawan Tani, Usahawan Ternak dan Usahawan IKS dalam kawasan Pavilion Usahawan KETENGAH bersama Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH.

Menjelang tahun baru 2024 yang bakal tiba, satu perjumpaan bersama usahawan-usahawan dalam kawasan Pavilion Usahawan KETENGAH telah diadakan pada 19 Disember 2023, bertempat di Galeri Pavilion Usahawan KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

Perjumpaan ini diadakan untuk menyuntik semangat dan menyelaras pembangunan kawasan Pavilion KETENGAH yang merupakan pemacu utama dalam menjayakan Lembah Makanan KETENGAH.
Perjumpaan ini juga bertujuan menyampaikan hasrat KETENGAH untuk memperkasakan komuniti di kalangan usahawan-usahawan KETENGAH dengan menubuhkan satu persatuan/ koperasi.
Hadir sama dalam majlis berkenaan Encik Mohd Faiq bin Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan.

Semoga dengan perjumpaan yang diadakan ini dapat mewujudkan semangat bersama membangun seiring slogan 50 KETENGAH sebagai Peneraju Pemodenan Pembangunan.