logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Semarak Siswa Madani @ Bukit Besi

Program Semarak Siswa Madani @ Bukit Besi telah berlangsung dengan jayanya melalui kerjasama UMT, KETENGAH dan UniSZA.

Pelbagai program komuniti telah diadakan seperti Pemindahan Ilmu @ Komuniti, Pameran Projek Ternakan Ikan, Ternakan Kelulut, Ternakan Udang dan Tanaman Cendawan Tiram. Khidmat Sosial seperti Pemeriksaan Kesihatan UniSZA, Gotong Royong di Tabika KEMAS dan Pertandingan Mewarna juga turut diadakan. Selain itu, Sukan Rakyat seperti Tendangan Penalti Futsal, Klinik Badminton dan Bola Jaring juga turut berlangsung dengan meriah.

Pelbagai lapisan masyarakat telah hadir memeriahkan program dan menyertai pertandingan pertandingan yang diadakan. Program ini telah di rasmikan oleh Dato’ Dr. Din bin Adam (Ahli Lembaga Pengarah UMT)dengan kehadiran bersama Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain (Timbalan Naib Caunselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT), Dato’ Prof. Madya Dr Mohd Hafiz Yusoff (Timbalan Naib Caunselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA) serta En Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid mewakili Pengurus Besar KETENGAH.