KETENGAH telah menjayakan bersama Program Sentuhan Kasih Desa Madani dan Kembara Merdeka & Eksporasi Desa 2024 Anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Program yang diadakan bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2024 ini telah bermula dengan Kembara Merdeka dari Dataran Memorial Kemerdekaan, Negeri Melaka yang telah disertai bersama oleh pelbagai Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dengan fokus utama sebagai platform sebaran maklumat kenegaraan dan patriotisme. Konvoi yang diketuai oleh Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, YBhg. Dato’ Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi telah tiba di Negeri Terengganu pada 13 Ogos 2024 (Selasa).
Bagi meraikan Kembara Merdeka & Eksporasi Desa ini, KETENGAH bersama Jabatan KEMAS Negeri Terengganu telah bekerjasama dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti di setiap perhentian dan Flag Off.
Bermula di Check Point pertama di Arena Square, Kemaman yang telah disempurnakan oleh Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, bersama Pengurus Besar, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Kembara Merdeka ini telah meneruskan perjalanan ke Check Point, Kuala Abang Dungun dan bermalam di The Payang Scout Hotel, Kuala Nerus.
Pada hari kedua dan terakhir di Negeri Terengganu, Kembara Merdeka & Eksporasi Desa 2024 ini telah meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Negeri Kelantan. Pengerusi Ketengah Holding Sdn. Bhd., YBhg Dato’ Nik Dir bin Nik Wan Ku telah menyempurnakan pelepasan serta merasmikan Majlis Sentuhan Kasih Desa KKDW di Terengganu. Telah hadir bersama Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki.
Semoga Kembara Merdeka & Eksporasi Desa 2024 ini dapat mencapai matlamat dan dapat menyempurnakan misi kembara dengan selamat dan sempurna. Tahniah KETENGAH ucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat bagi menjayakan Program Sentuhan Kasih Desa Madani KKDW Tahun 2024.