Kedatangan tahun baru Hijrah atau awal Muharram sinonim dengan masakan bubur asyura dalam kalangan masyarakat melayu. Bubur ini dimasak menggunakan pelbagai jenis campuran bahan seperti rempah, kekacang, jagung, daging dan beras menjadikannya salah satu makanan tradisi terkenal dengan kelazatannya. Begitulah juga dengan perumpaan dalam masyarakat walaupun pelbagai pandangan dan fahaman, sekiranya semua bersatu dan bersepakat, ini akan menguatkan lagi sesebuah masyarakat dan bisa mengharungi apa jua halangan yang menimpa.
Bertempat di Kampung Baru Sungai Binjai, KETENGAH telah mengadakan Program Sepakat Asyura Madani Sempena Sambutan Ma’al Hijrah Wilayah KETENGAH 1446H/2024M. Sebanyak 11 buah kawah bubur asyura berjaya dimasak secara gotong-royong melibatkan 11 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di Dun Ajil, Hulu Terengganu dan mengagihkan 1,500 bekas bubur asyura tersebut kepada penduduk bagi sama-sama merasai bubur asyura.
Pertandingan Busana Islamik dan Mewarna Kanak-kanak serta Pemeriksaan Kesihatan turut diadakan bagi memeriahkan program.
Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak KEMAS, JPKKP Kampung Baru Sungai Binjai, para peserta pertandingan, wakil-wakil JPKKP, agensi-agensi serta penduduk kampung yang telah bersama-sama mennjayakan program pada hari ini. YM Dato’ turut beramah mesra bersama penduduk dan merasmikan program tersebut.
Hadir sama Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Pegawai KEMAS Daerah Hulu Terengganu, Tuan Aznita binti Tuan Mohd Zubit, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KETENGAH, To’ Puan Anizal binti Yusof, Pengurus Kanan (Korporat), Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus-pengurus bahagian, pemimpin-pemimpin masyarakat dan penduduk kampung.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.