Sebanyak 14 ekor lembu telah disumbangkan sempena Program Sinar Aidiladha, Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH. Program ini telah dijalankan secara serentak di 4 perbandaran KETENGAH pada 12 Julai 2022 (Selasa) bersamaan 12 Zulhijjah 1443H. Seramai 1000 orang yang terdiri daripada golongan asnaf, penduduk miskin dan golongan B40 dalam Wilayah KETENGAH menerima sumbangan daging.
YB Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH telah menyempurnakan majlis di Bandar Seri Bandi, Kemaman. Hadir sama YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.
Post Views: 868