11 April 2022- Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
Sebanyak RM51,600 telah diagihkan kepada seramai 258 orang melalui Program Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK). Mereka yang terdiri daripada penduduk yang kurang berkemampuan menerima sebanyak RM200 setiap orang.
TAMK merupakan sumbangan tahunan hasil daripada keuntungan anak syarikat kETENGAH. Program ini akan dilaksanakan di semua daerah dalam wilayah KETENGAH dan akan berakhir pada 28 April 2022. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan mereka di bulan Ramadan yang mulia. Majlis Bacaan Doa Selamat dan Berbuka Puasa juga dijalankan sempena ulang tahun penubuhan KETENGAH ke 49 tahun.
Post Views: 1,076