logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Tadabbur Al-Quran@KETENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Tadabbur Al-Quran@KETENGAH sebagai pengisian rohani warga kerja, yang dipimpin oleh YBhg. Ustaz Tuan Abdullah bin Raja Ismail.

Program ini menjadi wadah untuk warga KETENGAH mendalami penghayatan ayat-ayat suci Al-Quran, sekali gus memperkukuh nilai keimanan, kebijaksanaan dan integriti dalam melaksanakan setiap amanah serta tanggungjawab yang dipikul.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsikan membawa manfaat berpanjangan, menenangkan jiwa serta menjadi panduan dalam kehidupan dan tugasan seharian.