Masyarakat Islam harus mengambil intipati dan iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW supaya dapat diterapkan dalam kehidupan demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia mahupun akhirat. Hijrah ini penuh dengan perancangan yang teliti, strategi yang tersusun rapi dan pengorbanan yang amat besar dalam mencapai objektif dakwah islam.
Peristiwa hijrah ini telah terangkan oleh panel jemputan Ustaz Khairul Izzat bin Mohd Syukri bersama moderator YM Ustaz Tuan Abdullah bin Raja Ismail bertempat di Masjid Kampung Baru Sungai Binjai, Ajil, Hulu Terengganu. Program Penerangan Ilmu ini diadakan bersempena dengan Sambutan Ma’al Hijrah Wilayah KETENGAH 1446H/2024M.
Hadir sama pada program tersebut pengurusan KETENGAH dan penduduk kampung berdekatan.
KETENGAH berharap dengan adanya program-program sebegini, kita semua dapat bermuhasabah dan memperbaharui niat, azam dan matlamat dalam kehidupan disamping memperbaiki diri menjadi Muslim yang taat kepada perintah Allah SWT dan menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.