Sambutan Bulan Sukan Negara Ketengah Holding Bersama Komuniti.

Pada 31 Oktober 2019 telah berlangsung sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Wilayah KETENGAH. Majlis yang dianjurkan oleh Ketengah Holding ini telah diadakan di Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Majlis dimulai dengan acara berjalan kaki sejauh 3 kilometer dan disusuli dengan pelbagai acara sukan seperti acara tarik tali, dart, memanah, bola baling dan pemeriksaan kesihatan. Ybhg Dato’ Zulkifli Mohamad, Pengerusi KETENGAH hadir dan menyampaikan hadiah serta cabutan bertuah kepada para pemenang. Hadir sama pada majlis tersebut Ybhg Dato’ Seri Wan Marzuki Haji Wan Sembok, Timbalan Pengerusi KETENGAH, YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Ybhg Tuan Haji Zulkifli Ali, Ahli Jemaah Lembaga KETENGAH serta barisan pengurusan kanan KETENGAH dan Pengurusan Ketengah Holding Sdn. Bhd.

Hari Psikologi KPLB 2019
placeholder
Jawatan Kosong Pen. Pegawai Pertanian

Artikel Lain