Selamat bersara buat Puan Rohani binti Hassan, Setiausaha Pejabat Gred N32, Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial yang akan bersara pada 27 Jun 2023 setelah menabur khidmat bakti sebagai penjawat awam di KETENGAH selama 36 Tahun 8 Bulan.
Pihak Pengurusan KETENGAH merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan semangat yang tinggi dalam tugasan yang diamanahkan kepada beliau sepanjang berkhidmat.
Kami Warga KETENGAH sentiasa mendoakan agar beliau dilimpahkan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan serta selamat menikmati alam persaraan. Jasa dan bakti beliau akan terpahat kukuh dalam lipatan sejarah KETENGAH.
Post Views: 1,111