logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Seminar Dropship and Agent

Telah berlangsung Seminar Dropship and Agent dengan Kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di bawah Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH Siri ke-2 Tahun 2023 bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu selama 2 hari 1 malam.

Seminar tersebut melibatkan seramai 77 orang peserta merangkumi 3 daerah dalam Wilayah KETENGAH. Perkongsian seminar telah diberikan oleh Tenaga Pengajar INSKEN, Encik Kanumbu Agussalim (Coach Kay), General Manager SugarBomb Worldwide Sdn. Bhd. Pada masa yang sama seminar tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Pembangungan Masyarakat dan Sosial KETENGAH.

Objektif pelaksanaan seminar bertujuan untuk membantu dan menggalakkan masyarakat dalam Wilayah KETENGAH khususnya belia dan beliawanis yang tidak mempunyai pekerjaan bagi menceburi bidang keusahawanan yang berkonsepkan dropship & agent.

Semoga pelaksanaan seminar tersebut mampu memberi pendedahan dan percambahan ilmu dalam melebarkan manfaat kepada masyarakat.